Sunday 30 September 2012

Shaklee Oh Shaklee

    Macamana saya boleh terjebak dengan Shaklee? Saya adalah pengguna Shaklee lebih tiga tahun yang lepas. Saya mula mengenali Shaklee selepas melahirkan anak yang kedua (Muhammad Haziq). Alhamdulillah saya dibukakan hati untuk menyusukan anak saya yang kedua dengan susu badan. Walaupun ada rintangan pada awalnya, saya cuba sedaya upaya mengatasinya.  Masalah timbul bila saya mengalami kekurangan susu. Godek punya godek dalam internet, jumpa la blog yang promote tentang  'Breastfeeding Set'. Tapi masa tuh, saya jadik pengguna on off. Tak terpikir untuk jadik pengguna serius Shaklee. Tapi saya perasan, kualiti susu saya nampak sangat berbeza bila saya  consume Vitamin Shaklee. Susu nampak pekat dan sedikit kekuningan. Dan Alhamdulillah dengan izin Allah Taala, mungkin kesan dari saya consume Shaklee, dan kebetulan dah rezeki, saya mengandung anak ketiga tak disangka selepas setahun menyusukan Haziq.

    Saya mula serius menjadi pengguna Shaklee selepas saya melahirkan anak ketiga(Muhammad Hazim). Pada masa tuh, saya consume 'Confinement Set'. Pengalaman melahirkan anak ketiga ini sangat berbeza berbanding anak kedua dan pertama. Saya melahirkan semua anak saya melalui pembedahan. Alhamdulillah, saya lebih cepat pulih  dan luka jahitan ceasarean lebih cepat baik. Setelah 2 minggu berada di kg, saya kembali ke Kuantan berpantang di sini bersama suami dan tiga orang anak. Saya tidak boleh makan jamu dan ubat2an kg, kerana Hazim mengalami 'prolonged jaundice'. Alhamdulillah, hanya dengan consume produk Shaklee, akhirnya Hazim bebas dari jaundis. Perkembangan beratnya juga sangat baik. Untuk  7 bulan pertama, saya hanya memberinya susu ibu sahaja tanpa air masak dan susu formula (exclusive breast milk). Beratnya pada masa tuh 8.8kg.Setelah sekarang menjangkau usianya setahun setengah, Alhamdulillah saya masih berpeluang menyusu Muhammad Hazim walaupun kadangkala ada pasang surutnya. Dan moga2 masih lagi berpeluang sehingga dia berusia sekurang-kurangnya 2 tahun, Insya Allah.

 
 
Hazim di usia 7 bulan
 
 
 
Hazim di usia setahun setengah...
kenangan di Hari Raya Aidilfitri yang lepas
 
     Dan sekarang , saya benar-benar jatuh cinta dengan Shaklee. Terasa sangat perbezaan apabila tidak consume Shaklee. Badan akan mula2 rasa tidak sihat. Ya, kesihatan dan penyakit semua  adalah datangnya dari Allah Taala, tapi kita sebagai hamba-Nya, perlu berusaha untuk menjaga kesihatan. Dan Shaklee adalah pilihan saya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pembuka Bicara

Bismillahirahmanirrahim....

    Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi atas pembukaan blog ini, http://cergascerdascantik.blogspot.com. Blog ini adalah perkongsian saya dengan para pembaca berkenaan dengan produk Shaklee.

   Sebelum tu, saya introduce sedikit tentang diri saya. Saya bekerja dalam sektor pendidikan(8-5pm) di Kuantan, telah berkahwin dan Alhamdulillah dianugerahkan dengan tiga orang anak (seorang perempuan + 2org lelaki), tengah struggle menyambung pengajian di peringkat Master secara part time dan kini mula berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee.
   
    Semoga kita semua mendapat manfaat di atas perkongsian ini, Insya Allah.