Wednesday 22 January 2014

BISNES BOLEH BUAT JADI KAYA KE?

Pesanan mentor:
Kalau kita berbisnes untuk jadik kaya semata-mata, kita takkan kaya...
Dan betul, berapa ramai kita tgk di luar sana yang buat bisnes tapi tak kaya2 pun...
Ada yang buat banyak hutang lagi...nauzubillah!

Niat perkara pertama yang paling penting dlm berbisnes...
Niatkan kita buat bisnes ini untuk menambah nilai hidup kepada orang lain, boleh memberi manfaat dan membantu orang lain.
Itulah yang cuba saya praktikkan sekarang ini.

Tapi sebelum ni, niat saya berbisnes utk jadi kaya. Kenapa?
Sebab bila tengok upline2 di atas semua telah meraih pendapatan sangat lumayan dengan Shaklee. Hingga ada yang telah bergelar jutawan dengan bonus mencecah 6 angka iaitu ratusan ribuan ringgit sebulan. Memang sangat hebat...sangat kagum dengan mereka...dan saya pun ingin begitu juga.

Tapi niat itu salah!!! Mengapa kita perlu jadik kaya? Sebab dengan kekayaan kita, kita bisa jadi jutawan dermawan. Boleh bersedekah sebanyak yang mungkin, berzakat sebanyak-banyaknya, mampu menginfakkan harta, mengembangkan syiar Islam disamping memperbaiki taraf hidup keluarga. Dengan murahnya kita sentiasa memberi, membantu dan menambah nilai hidup kepada orang lain, mudah-mudahan kita mampu memilih mana2 pintu syurga di akhirat kelak. In shaa Allah. Itulah impian dan harapan paling besar wajib untuk semua orang...khususnya umat Islam. Boleh bersama-sama Rasulullah di syurga kelak. Amin.

Ya Allah, jadikan kami kaya dan berjaya di dunia dan akhirat dengan penuh keberkatan. Amin.

Mode: sebagai peringatan diri sendiri dan mungkin juga kepada pembaca yang lain. Moga diberkati perkongsian ini.

No comments:

Post a Comment