Wednesday 13 November 2013

Lagi Testimonial Hebat Set Kurus Shaklee Ibu Menyusu

       Tak perlu kata apa-apa, biar gambar dan tulisan yg membuktikannya. Boleh gituuu? Testimonial hebat ini dari seorang ibu yang sedang menyusukan anak tekad ingin menurunkan berat badan. Bermula kenaikan yg agak banyak sepanjang pregnant. Dipertemukan dengan Shaklee. Selepas bersalin mengambil produk Shaklee utk menurunkan berat badan disamping  menyusukan anak. Beliau telah menggunakan Set Kurus Shaklee. Sangat kagum dengan kejayaan ibu ini. Alhamdulillah.

        Jom kita baca pengalaman menarik ibu ini iaitu Puan Aina Mardiah. Belum tuh, kita tgk gambar dulu, bg teruja skit:-)

Puan Aina Mardiah yang duluuu.....

DULU:


Pengalaman Puan Aina Mardiah yang begitu menakjubkan...



Pn.Aina Mardiah yang sekarangg...phewwwitt...teruja kannn....

SEKARANG:




Thursday 24 October 2013

TESTIMONIAL SET KURUS SHAKLEE

       Mungkin ada yang tak percaya, bagaimana Set Kurus Shaklee boleh membantu anda yang ingin menurunkan berat badan. Kalau setakat bercerita tanpa bukti, ada yang masih ragu-ragu, ye tak? Takpe, itu perkara baiasa sahaja.
        Mari kita tengok beberapa testimonial pengguna yang telah berjaya menurunkan berat badan dengan hanya menggunakan Set Kurus Shaklee. Dengan harga yang mampu milik, utk tiga jenis produk iaitu ESP, Alfafa dan Lecithin, sesiapa sahaja boleh melalui pengalaman seperti testimonial pengguna ini. Dan mungkin anda jugaaa?

 
 
 
Kalau anda berminat, jangan ragu jangan segan, hubungi saya secepat mungkin.
Harga yang sangat istimewa menanti andaaa....

pm di facebook : zarina Ibrahim
atau boleh juga mll sms/wassap/call di nombor :012-9375381

Saya menantiiiii:-)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday 7 October 2013

SET KURUS SHAKLEE

"Eh, nampak engkau ni dah gemuk la..."
"Kenapa baju ni tiba-tiba ketat pulak...."
""Ayang, abang rasa ayang dah makin gemuk la..."

         Ini adalah dialog biasa yang kita jumpa, kan. Mesti tak seronok bila  terpaksa melalui keadaan macam ni. Apa yang patut kita buat, ada dua pilihan. Pertama, wat dekkk aja, pekakkan telinga dan teruskan seperti biasa. Atau yang kedua, mula menurunkan berat badan. Bermacam produk kurus ada di pasaran skang ni.  Ada yang jamin boleh turunkan berat badan 5 kilo dalam tempoh seminggu. Ada jugak pil kurus yang boleh mengenyangkan. Tapi diingatkan, apa jua produk yang dipilh, pastikan mendapat kelulusan badan bertauliah contohnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijamin halal.

        Kami di Shaklee ada menyediakan Set Kurus Shaklee yang memenuhi kedua-dua syarat di atas. Apa yang menariknya untuk set ini, sangat sesuai untuk semua golongan termasuk juga ibu yang menyusukan bayi juga. Kenape? Walaupun ibu berdiet, tetapi dengan pengambilan produk Shaklee ini tidak menjejaskan produktiviti susu ibu. Dengan syarat, ibu mesti mendapat consultation yang betul cara pengambilan set kurus ini.

      Jom kita tengok apa yang ada pada SET KURUS SHAKLEE ini.




 Apa yang terkandung dalam Set Kurus Shaklee ini?
 

ALFAFA COMPLEX
 
·  Alfalfa atau Medicago Sativa merupakan raja segala tumbuhan
   dan raja segala herba.Ia mempunyai sistem akar yang panjang,
   iaitu sedalam 20 -30 kaki ke dalam tanah.

·  Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling
   lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim
   dan juga fiber.

·  Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan
   berjalan lancar.

·  Meyingkirkan lemak dan kolestrol.  Alfafa mengandungi saponin,
   seperti span yang bertindak seperti serat untuk menyerap kolestrol.

·  Membantu dalam masalah sembelit

·  Alfafa adalah bersifat alkali yang boleh meneutralkan badan yang berasid.

·  Menghilangkan toksin dalam badan, membersihkan hati, kolon,
   darah dan mencantikkan kulit dan otot.

·  Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas

·  Membantu membuang angin di dalam badan

·  Mengandungi lapan enzim yang baik untuk pencernaan dan penghadaman

·  Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan

     ·      Alfafa bertindak sebagai DETOX. Detox- proses membersihkan usus di
        mana segala toksin, lemak dan lender yang melekat di dinding usus
        dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Ini untuk memastikan dinding
        usus bersih supaya dapat menyerap nutrient pada tahap optimum
 

LECITHIN

·  Diekstrak dari kacang soya non-GMO , setiak kapsul mengandungi
   520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48 mg inositol.

·  Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah

·  Lecithin bertindak sebagai  “pengemulsi semulajadi” kerana ia
   mempunyai kesan melekat pada lemak,  menyebabkan lemak terapung
   di dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di
   dinding membran.

·  Menghalang obesiti – Pengambilan lecithin dalam kuantititi yang
   banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan
   pelangsingan yang seimbang

·  Membantu masalah sembelit – Lecithin adalah pelembut najis yang
   berkesan, ia melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

·  Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak

·  Membantu memulihkan kesihatan hati

ESP - SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

·  Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

·  Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. 

·  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi 
   dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis
   protein termasuk sembilan asid amino penting. 

·  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, 
   ESP adalah rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

·  Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
   kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.

·  Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

·  Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium
   harian, dan soya isoflavones.  Kajian  menunjukkan yang soya membantu
   dalam mengawal kestabilan hormone semasa tempoh putus haid.*

·  Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar
   Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan
   dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Friday 20 September 2013

KENAPA PILIH SHAKLEE?

Keistimewaan Shaklee

Falsafah Produk Shaklee
        Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.              
        Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
         Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 
        Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
          
        Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
 
       Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
           Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
 
           Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
      
       Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
         Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
 
          Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
 
       Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
sumber: http://www.shaklee.com.my

GLA COMPLEX: APAKAH MANFAATNYA?

Apakah itu GLA?
         GLA adalah singkatan daripada perkataan 'Gamma Linolenic Acid'. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega-6. GLA memainkan peranan penting di dalam pembentukan prostaglandin. Prostaglandin ini merupakan bahan penting dalam mengawal atur perembesan hormon. Dengan ini secara tidak langsung, ia juga turut berperanan mengawal  proses-proses  badan yang normal

          Asid lemak Omega-6 adalah dianggap sebagai asid lemak perlu (EFA), iaitu sangat penting untuk kesihatan. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita . Maka, sumber lain untuk memperolehi EPA melalui makanan yang kita makan atau suplemen.

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E         
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

 

Apakah manfaat GLA?

·    Mengawal selia estrogen dan testosterone – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki sistem PMS (Pre Menstrual Syndrome) seperti senggugut, keadaan emosi yang tidak menentu dan sakit payu dara

·    Masalah wanita menopause – Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes (muka rasa merah dan panas), insomnia, berpeluh, kekeringan pada viginal, sakit kepala dan perubahan emosi yang tidak menentu, ketidakhadaman serta depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan proses penuaan dan mengetatkan uterus. GLA membantu untuk kelihatan lebih muda.

·    Masalah kesuburan atau kemandulan - masalah ini sering berkait rapat dengan masalah hormon, emosi dan sistem imun tubuh. GLA membantu menstabilkan keadaan hormon dan membetulkan haid yang tidak teratur.

·     Pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan – Merendahkan kolestrol LDL (kolestrol jahat), menghalang penambahan berat badan secara berkesan, membantu menganjalkan kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik serta menghalang penambahan berat badan.

·    Menghalang kompilikasi diabetes – Merendahkan gula dalam darah dan berkesan untuk pesakit diabetes pada usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi

·    Menghalang tekanan darah tinggi – Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah dan memperbaiki tekanan darah tinggi.

·    Memperbaiki prostatomegaly – GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

·    Menentang kanser -  GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

·   Memperbaiki inflamasi (radang) kulit – ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea serta kurap. Ianya juga meringankan sakit dan  bengkak yang terjadi disebabkan artrits dan rheumatisma.

·    Herba tradisi yang dipercayai – Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan,membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

·    Memperbaiki tekstur rambut – Memperbaiki keadaan rambut kering dan gugur.
 

·    Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD) – Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.



Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.


 


 
 

Monday 16 September 2013

OMEGA GUARD™ SHAKLEE: APAKAH KEBAIKANNYA?

          Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Shaklee Omega Guard ini diekstrak dari ikan laut air sejuk dan bukannya dari hati ikan yang boleh memberi kesan toksik kepada pengguna.
 
           Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 ataupun Omega 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam Manakala Omega 6 dan Omega 9 boleh didapati daripada minyak zaitun dan juga minyak sayuran. 

          
DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
           
      Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.
 
Mengapa Shaklee OmegaGuard™ Menjadi Pilihan?
OmegaGuard™ dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengestrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen serta paling semulajadi dan dalam masa yang sama turut menyingkirkan bahan-bahan merbahaya seperti merkuri, plumbum, arsenik, kadmium yang terdapat dalam kebanyakan jenis ikan.

Minyak Ikan Terbaik Dunia
OmegaGuard™ dari Shaklee berbeza dengan minyak ikan di pasaran kerana ia merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaiatu EPA, ALA, DHA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak.
 
 
SIAPA YANG MEMERLUKAN SHAKLEE OMEGA GUARD™?
 
 
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat dan nak tau macamana nak dapatkan?

Ina
call/sms/whatssap: 012-9375381
fb: zarina Ibrahim
fb page : cergas cerdas cantik

Harga yang sangat istimewa dan free consultation akan diberikan bersama dengan pembelian.




 

Friday 13 September 2013

PERLUKAH KITA SUPPLEMEN?

            Sekarang ini kalau kita lihat di pasaran, terlalu banyak produk supplemen. Semuanya dikatakan mempunyai pelbagai kelebihan dan untuk memberi kebaikan. Adakah pernah kita terfikir kenapa begitu banyak sekali produk supplemen dicipta?

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada lambakan supplemen yang ada sekarang ini adalah:

1. Kebanyakan penduduk Malaysia terutamanya wanita rata-ratanya adalah bekerja, tidak kira bekerja swasta, kerajaan atau berkerja sendiri. Kesibukan bekerja pada siang hari dan kadang kala berlanjutan hingga ke malam, menyebabkan ramai  para ibu tidak sempat menyediakan makan malam yang berkhasiat dan seimbang untuk seisi keluarga. Mungkin makan malam yang disediakan seringkas mungkin dan secara ala kadar sahaja kerana kesuntukan masa. Maka pemakanan mengikut peramid makanan yang dicadangkan mungkin tidak dapat dilaksanakan.

2. Gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk 24 jam sehari menyebabkan ramai orang memilih untuk makan di luar dan jarang memasak di rumah. Proses memasak di kedai yang mungkin tidak menitikberatkan tentang kebersihan semasa menyediakan makanan akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Penggunaan bahan perasa seperti MSG juga mungkin tidak dapat dielakkan bila memilih untuk makan di luar.

3. Kedai makanan segera yang banyak sekarang ini menjadi pilihan anak-anak kita dan mungkin kita sendiri. Keropok segera atau junk food menjadi kegemaran anak-anak. Penggunaan bahan perasa dan kandungan garam yang agak tinggi adalah tidak sesuai untuk diambil oleh orang dewasa lebih-lebih lagi anak-anak kita. Dan yang penting sekali, anak-anak tidak dapat menikmati makanan yang berkhasiat dan seimbang.

4. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan dan penyimpanan contohnya bahan-bahan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Semasa penyediaan makanan juga,  vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa prosek memasak. Oleh sebab itu, kita tidak digalakkan menggoreng sayur agak lama supaya khasiat pada sayur tidak dimusnahkan.

5. Penggunaan racun serangga, racun perosak dan baja sintetik akan memberikan kesan kepada kualiti bahan-bahan mentah seperti sayur dan buah. Justeru, apabila kita memakannya sedikit-sebanyak turut mempengaruhi kepada kesihatan tubuh badan kita.

6. Penggunaan ubat-ubatan contohnya pil penahan sakit dan antibiotik serta alkohol dan minuman keras boleh mempengaruhi peneyerapan zat makanan kepada tubuh. Maka, tubuh badan kita tidak mendapat zat dan nutrien yang secukupnya untuk memastikan kesihatan badan dalam keadaan baik.

           Ini adalah antara  faktor mengapa kita pada masa ini memerlukan supplemen. Supplemen ini bukan untuk menggantikan fungsi makanan tadi cuma sekadar tambahan untuk menampung kekurangan zat dan nutrien disebabkan oleh faktor-faktor yang disebutkan di atas.

              Saya telah memilih SHAKLEE sebagai supplemen saya. Kenapa ya? Kerana SHAKLEE telah diperakui keberkesanannya 50 tahun dahulu. Produk SHAKLEE juga dijamin selamat kerana mempunyai kelulusan oleh Kementerian  Kesihatan Malaysia. Dan yang penting sekali, kita sebagai orang Islam wajib memilih bahan makanan yang halal. Pengiktirafan Halal Shaklee  dikeluarkan oleh Islamic Services of Amerika (ISA) yang telah diiktiraf oleh JAKIM. 
         
            Saya telah merasai kehebatannya, anda pula bagaimana???

Monday 2 September 2013

We're backkk....

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

       Fuuhhh...fuhhh...fuhhhh....(dengan aksi ala2 meniup habuk). Dah hampir setahun blog ni ditinggalkan tak bertali, bermula dengan post yang pertama pada 30 September 2012, in shaa Allah bermula pada 2 September 2013 , blog ini akan beroperasi kembali untuk memberikan kebaikan kepada anda semua....

      Mesti ada yang tertanya-tanya (kononnya la...syok sendri...hihihihi), kenapa saya dah lama menyepi. Banyak sebabnya....antaranya kesibukan bekerja, urusan rumahtangga dan belajar menyebabkan faktor utama blog kesayangan ini bersawang.  Sampaikan password pun dah lupa. Terpaksa la tukar password baru.

     Alhamdulillah sekarang ini saya sudah berada di sem akhir pengajian Master saya. Hanya perlu menyiapkan projek akhir sahaja dan yang tersangat bestnyaaa ialah....NO MORE CLASS ON WEEKEND. Syukur sangat-sangat!!! Maka akan lebih banyak masa akan diluangkan di rumah bersama suami n anak2 dan pastinya bersama SHAKLEE jugeeee....Dua tahun yang agak padat. Hampir setiap minggu ada kelas on weekend  bersambung pula dengan kerja weekdays menjadikan saya betul2 lelah. Tambahan pula suami yang selalu outstation saban minggu. Kerja opis juga yang senantiasa memburu menjadikan 24jam seari terasa begitu cepat berlalu. Walaupun begitu, pada masa tersebut bisnes Shaklee saya masih lagi berjalan tetapi secara kecil-kecilan sahaja:-(

    In shaa Allah, dengan azam, tekad dan usaha yang bersungguh-sungguh, saya mengharapkan kali ini semoga penglibatan saya dalam SHAKLEE  akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.
        Ada sebab kenapa saya ingin serius dalam SHAKLEE. Saya akan kongsikan pada semua dalam post yang akan datang. Lastly, semoga dengan ilmu dan perkongsian dari blog ini diberkati oleh Allah S.W.T.