Friday 13 September 2013

PERLUKAH KITA SUPPLEMEN?

            Sekarang ini kalau kita lihat di pasaran, terlalu banyak produk supplemen. Semuanya dikatakan mempunyai pelbagai kelebihan dan untuk memberi kebaikan. Adakah pernah kita terfikir kenapa begitu banyak sekali produk supplemen dicipta?

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada lambakan supplemen yang ada sekarang ini adalah:

1. Kebanyakan penduduk Malaysia terutamanya wanita rata-ratanya adalah bekerja, tidak kira bekerja swasta, kerajaan atau berkerja sendiri. Kesibukan bekerja pada siang hari dan kadang kala berlanjutan hingga ke malam, menyebabkan ramai  para ibu tidak sempat menyediakan makan malam yang berkhasiat dan seimbang untuk seisi keluarga. Mungkin makan malam yang disediakan seringkas mungkin dan secara ala kadar sahaja kerana kesuntukan masa. Maka pemakanan mengikut peramid makanan yang dicadangkan mungkin tidak dapat dilaksanakan.

2. Gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk 24 jam sehari menyebabkan ramai orang memilih untuk makan di luar dan jarang memasak di rumah. Proses memasak di kedai yang mungkin tidak menitikberatkan tentang kebersihan semasa menyediakan makanan akan mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Penggunaan bahan perasa seperti MSG juga mungkin tidak dapat dielakkan bila memilih untuk makan di luar.

3. Kedai makanan segera yang banyak sekarang ini menjadi pilihan anak-anak kita dan mungkin kita sendiri. Keropok segera atau junk food menjadi kegemaran anak-anak. Penggunaan bahan perasa dan kandungan garam yang agak tinggi adalah tidak sesuai untuk diambil oleh orang dewasa lebih-lebih lagi anak-anak kita. Dan yang penting sekali, anak-anak tidak dapat menikmati makanan yang berkhasiat dan seimbang.

4. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan dan penyimpanan contohnya bahan-bahan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Semasa penyediaan makanan juga,  vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa prosek memasak. Oleh sebab itu, kita tidak digalakkan menggoreng sayur agak lama supaya khasiat pada sayur tidak dimusnahkan.

5. Penggunaan racun serangga, racun perosak dan baja sintetik akan memberikan kesan kepada kualiti bahan-bahan mentah seperti sayur dan buah. Justeru, apabila kita memakannya sedikit-sebanyak turut mempengaruhi kepada kesihatan tubuh badan kita.

6. Penggunaan ubat-ubatan contohnya pil penahan sakit dan antibiotik serta alkohol dan minuman keras boleh mempengaruhi peneyerapan zat makanan kepada tubuh. Maka, tubuh badan kita tidak mendapat zat dan nutrien yang secukupnya untuk memastikan kesihatan badan dalam keadaan baik.

           Ini adalah antara  faktor mengapa kita pada masa ini memerlukan supplemen. Supplemen ini bukan untuk menggantikan fungsi makanan tadi cuma sekadar tambahan untuk menampung kekurangan zat dan nutrien disebabkan oleh faktor-faktor yang disebutkan di atas.

              Saya telah memilih SHAKLEE sebagai supplemen saya. Kenapa ya? Kerana SHAKLEE telah diperakui keberkesanannya 50 tahun dahulu. Produk SHAKLEE juga dijamin selamat kerana mempunyai kelulusan oleh Kementerian  Kesihatan Malaysia. Dan yang penting sekali, kita sebagai orang Islam wajib memilih bahan makanan yang halal. Pengiktirafan Halal Shaklee  dikeluarkan oleh Islamic Services of Amerika (ISA) yang telah diiktiraf oleh JAKIM. 
         
            Saya telah merasai kehebatannya, anda pula bagaimana???

No comments:

Post a Comment